Saturday 4 August 2012

dengan tiba-tiba...

dugaan bulan puasa...dengan tanpa tanda-tandA,,aku diserang BATUK..Allah saja yang tahu macam mana perasaan bila tekak pedih & gatal...nak minum air untuk hilangkan sikit kegatalan tu,,tapi tak boleh sebab puasa...sangat menguji iman aku la...cuaca pulak panasss memanjang..
tapi,,orang kata..Allah sayang kita sebab itulah dia uji kita dengan pelbagai dugaan...Insyaallah aku dapat bertahan untuk puasa hari esok & seterusnya...

posted from Bloggeroid

Friday 3 August 2012

demam Korea


macam tak sangka..aku sekarang dah jadi peminat TEGAR korean drama....sanggup berhabis duit beli DVD drama korea ni...tapi rasanya memang BERBALOI...sebab,,setakat ni belum ada cerita yang aku LAYAN yang tak best...semuanya best & WORTH dengan masa & duit yang aku laburkan untuk memiliki semua DVD tu..
semalam,,belajar cara nak DOWNLOAD free drama Korea..so,,dapatlah save sikit duit..dah boleh tengok free,,cuma perlu sabar bila part menunggu drama di download...huhu
drama korea terbaru yang agak menarik bagi aku....FAITH..cerita doktor-doktor..tak sure lagi macam mana jalan ceritanya...sebab sedang ditayangkan,,jadi DVD belum keluar & link untuk download pun belum jumpa...tapi aku memang WAJIB cari DVD Faith ni nanti..



Title: 신의 / Faith
Chinese Title: 信義 / 神醫
Also Known as: The Great Doctor
Genre: Romance, Historical, Fantasy, Time-Travel
Episodes: 24 (To Be Confirmed)
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2012-Aug-13 to 2012-Oct-30
Air time: Monday & Tuesday 21:55


Synopsis
This drama shows the love between a warrior from the Goryeo Period and a female doctor from the present day, their love transcending time and space.
Yoo Eun Soo (Kim Hee Sun) is a 33-year old plastic surgeon in the year 2012. She was originally a general surgeon, but quickly found that it was an overworked, under-paid profession and jumped ship to plastic surgery. Her dream is to someday open her own practice. But one day, Choi Young (Lee Min Ho) kidnaps her and takes her back to the Goryeo era because needing her medical skills. Their love story spans centuries but also warring beliefs. He gave up on love to be an unflinching warrior.

Cast
Lee Min Ho as Choi Young
Kim Hee Sun as Yoo Eun Soo
Lee Philip as Jang Bin
Sung Hoon as Cheon Eum Ja
Ryu Duk Hwan as King Gong Min
Park Se Young as Princess Nogook
Yoo Oh Sung as Ki Cheol

expose urself!

masuk entry ini,,dh 3 entry aku tulis dalam blog ni..tapi aku belum lagi expose kan blog ni kat kawan-kawan..malas la...biar dia orang perasan sendiri...
mungkin malam ni aku akan mula jalan-jalan kat blog-blog yang menarik...lama sangat dah aku tinggalkan hobi blogwalking ni...mesti banyak jumpa suka duka luahan & kisah masing-masing...kalau boleh,,aku tak nak kawan-kawan yang mengenali aku secara realiti tahu siapa empunya blog ni..biar mereka fikir aku adalah blogger yang mereka tak pernah kenal...sekadar rakan berkongsi cerita & rasa :)

Thursday 2 August 2012

godaan bulan Puasa



hari ni..Khamis 2 Ogos bersamaan 13 Ramadhan....sampai je kat ofis dah ternampak geng ofis buat SALE...bukan sale raya...SALE JAMBUUUU...memang godaan..dah terbayang-bayang kalau makan berulamkan kicap+belacan+cili+gula...memang confirm AWESOME la...
tanpa buang masa..aku timbang SELF SERVICE..untuk pencuci mulut berbuka Puasa petang nanti...meliur dah rasanya mulut ni..sabarrrrr,,Puasa harus kuatkan iman...nak pantun sikit la..pantun buatan sendiri..

"asal payday berhabis duit,
niat dihati nak kulit yang gebu,
puasa hari ni semangat sikit,
excited nak berbuka dengan buah Jambu."

wahhhhh...masuk bakul angkat sendiri..sesungguhnya kreatif jugak aku berpantun...
kenangan zaman sekolah tiba-tiba terlintas..aku pernah jadi Pemantun Terbaik Peringkat Tingkatan kat sekolah dulu...hikhikhik.. **blushing mode**

Wednesday 1 August 2012

say hello & gudbye~

rePost..sebab malam tadi tengah mood Jiwang..tulis Entry guna handphone tapi x boleh nak publish...bila baca balik memang ada Tokoh Sasterawati jugak la ayat-ayat masa Jiwa Kacau aku ni..hahaha..
apepon,,layan je la...
aku create blog baru ni..sebab bosan dengan blog lama..blog ni adalah siapa aku sebenar...segala yang terpendam maka di sini la akan d luahkan...

layan repost ini dulu..

"menuliS pada jam 1204am..1 ogos 2012..hello OGOS~GUDBYE JULAI..

hidup rasa kucar kacir seketika..seperti ada sesuatu yang boleh memberi impak dalam hidup akan berlaku..TAPI,,,tak tahu apakah perkara itu..MISTERI hidup...Allah saja yang tahu apa yang akan berlaku esok,,lusa & seterusnya...
PERSOALANNYA...masihkah ada esok??
blog baru di wujudkan..ingin mencuba meluah rasa dengan cara berbeza...mungkin ini adalah sebenarnya warna diri aku..siapa tahu..
blog lama akan dinyahkan...semuanya seperti pura-pura...sangat bukan diriku..fokuskan tujuan..luahan hati..
tak faham??belajar la faham...jika putus asa cuba memahami..ucap GUDBYE..tinggalkan blog ini...aku adalah aku..
kadangkala sang hati berkata benar..ada kala sang minda lebih geliga..nak dengar kat siapa??
akan adakah pembaca luahan ini?akan adakah yang sanggup buang masa memikirkan ayat songsang caca marba...biarlah...tidak menjadi masalah untukku..asalkan terluah tidak termampat dalam sang hati..
hidup bagaikan tidak adil bagiku..kekurangan sebesar Gajah..kelebihan sebesar Kuman...adakah aku tidak bersyukur???cemburu menguasai apabila memandang sekeliling....kenapa takdirku begini?apa dosa aku?
tapi,,jauh di sudut hati aku percaya...akan ada sinar..selagi aku yakin padaNya.."